Best view by Mozilla Firefox 20.x and above, with resolution 1024x768
Copyright © 2008-2017 All Rights Reserved. SK Sultan Abu Bakar (1), Jalan Junid 84000 Muar, Johor, Malaysia.
jbb5033@sksab1.com
Dibina dan disenggara oleh EN. TAN KIONG BENG (webmaster)
Suite 101, 1220 West Market Street
Wilmington, Delaware  U.S.A. 19901
Tel: 1-302-123-7777
Anda Pelawat ke
Sembang
SELAMAT DATANG 
Welcome to our website
Guru dan sekolah yang berkesan perlu mengamalkan pemikiran kreatif dan tindakan inovatif bagi
menjadikan sesebuah organisasi sentiasa hidup dan berkembang maju.Oleh itu penerapan kajian
tindakan perlu menjadi amalan dalam tugas seharian kita.
Perancangan yang berkesan sangat penting untuk mengurus sesebuah sekolah. Tadbir urus yang
baik adalah bergantung kepada kewibawaan dan kegigihan sesebuah organisasi. Organisasi yang
berkesan akan memberi impak yang positif kepada produk yang dihasilkan.
Sebagai sebuah sekolah yang mahu melahirkan anak didik yang cemerlang sudah pasti sekolah itu
memiliki guru-guru yang cukup resepi kecemerlangan, effisen, berwawasan serta mempunyai
hubungan yang baik  serta networking yang mantap dengan warga sekolah. Selain itu, sekolah
perlu memiliki prasarana yang kondusif sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
Diharap dengan adanya perancangan yang lebih teliti ini, ianya akan membantu guru dan pihak
pentadbir menjalankan tugas yang lebih baik berbanding pada tahun 2014.
Penambahbaikan yang dibuat sudah pasti menghasilkan sesuatu yang membanggakan warga
sekolah ini, khususnya guru-guru, murid dan ibubapa.
Perancangan berkualiti akan menghasilkan kerja berkualiti. Dengan menggunakan permikiran yang
berkualiti sudah pasti kita akan memiliki anak-anak didik yang berkualiti dari aspek akademik dan
sahsiah diri.
Harapan saya semoga para pendidik sekolah ini dapat mempertingkatkan lagi prestasi anak-anak
kita dari prasekolah , tahun 1 hingga 6 dengan lebih cemerlang mengikut perancangan juga
aktiviti-aktiviti yang diaturkan  dan dapat memastikan pelaksannannya mengikut jadual.
Jadilah seorang guru yang benar-benar komited dan ikhlas demi masa depan anak-anak didik yang
tercinta, juga untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada negara bangsa.

"Berjuanglah demi memartabatkan Dunia Pendidikan Kita"

Cik Zahara Bt. Md Top
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1),
Muar.
Assalamualaikum wm. Wb dan salam sejahtera
Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi dengan izinNya Manual Pengurusan
Sekolah telah dapat disiapkan sebelum  sesi 2017 bermula.

Sesungguhnya tindakan tanpa rujukan dan panduan serta  kajian
profesional umpama menjala di lautan luas tanpa fokus.Apabila
berlaku kesilapan kita akan mengambil masa yang panjang untuk
membuat pembetulan.
UCAPAN GURU BESAR SEKOLAH...
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
Jalan Junid 84000 Muar, Johor, Malaysia
Pejabat Am: Tel: 606-9521350 | Faks: 606-9521350
Emel: jbb5033@gmail.com | jbb5033@sksab1.com | jbb5033@moe.edu.my
Masa Operasi: Ahad - Rabu 8.00 pg - 1.00 ptg 2.00 ptg - 5.00 ptg
                       Khamis 8.00 pg - 1.00 ptg.  2.00 ptg - 3.00 ptg
                       Jumaat & Sabtu Cuti
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR (1)